Monday, July 1, 2013

Pembuka Bicara

Assalamualaikum..
Hari ni 1 Julai 2013.. InsyaAllah beberapa hari lagi kita akan menyambut Ramadhan..
Harap semua dah ready untuk berpuasa.. Bagi yang belum bersedia.. Kita boleh berpuasa sunat bermula hari ini dan juga hari Khamis nanti.. Bagi yg dah terbreakfast pagi ni.. Jgn risau esok masih ada utk kita membuat tutorial berpuasa.. Sebenarnya tak ada apa nak tulis.. Just nak kongsi tips bulan puasa..
I'm not good in giving advise actually, but at least I can try right?
So, Apa tipnyakan?

Mind Set
  • Kita kena setkan otak kita bahawa kita akan berpuasa tak lama lg dan berazam utk berpuasa penuh  selama sebulan (bagi lelaki wajiblahkan / bagi perempuan kalau dapat Alhamdulillah kalau tak boleh nak buat mcm manakan lain org lain)
Jangan Mengeluh
  • Pada bulan puasa nanti syaitan & jin akan diikat oleh para Malaikat.. Maka yang tinggal hanya nafsu kita.. So, kalau kita mengeluh tu sebab nafsu kita sendiri.. Bukan sebab kena hasut ke apa ke.. Okay? Bila kita mengeluh cepat-cepatlah pergi ambil wudu'.. Supaya kita segar dan kita sentiasa ingat yang kita sedang berpuasa.. Pahala puasa kita akan kena potong kalau kita mengeluh.. So, takkan kita nak pahala kita kena potongkan?
Solat & Sahur
  • Solat walaupun bukan bulan puasa ianya wajib.. Tetapi biasalah kita manusia akhir zaman ni.. Kadang-kadang ada yg tertinggal solat.. Nak-nak solat Subuhkan? Memang liat nak bangun.. Kena kejut pun mesti ada ayat macam ni keluar... "Kejap... Kejap... 5 minit... 5 minit..." Kan? Last-last terlajak terus.. So, bulan Ramadhan ni Allah suruh kita bangun sahur.. Ingat ni.. Beza antara puasa org yahudi dan org Islam ialah dengan bersahur.. Therefore, bangunlah sahur.. Lepas sahur tu jgn terus terbongkang balik.. Rileks dulu.. Zikir ke mengaji ke pergi surau / masjid ke duduk kat sofa ke borak dengan adik beradik ke, tengok TV ke sampai azan Subuh.. Dah azan tu solatlah Subuh.. InsyaAllah cukup sebulan kita buat macam tu.. Bulan-bulan berikutnya senang kita bangun subuh..
Buka Puasa
  • Hmm..Buka puasa..Yummmm yummmmm.. Mesti beli byk lauk kat bazar Ramadhankan? Ok.. Skrg makanan tu berlebihan.. So, apa kata anda-anda sekalian asingkan siap-siap lauk-lauk tu utk berbuka dengan sahur nanti.. So, kalau nak rasa semua lauk kena bangun sahur utk hari yg berikutnya.. (Yang ni selalu jadi dekat budak kecik.. Simpan lauk kegemaran diorang jadikan lauk sahur.. Nanti diorg bangunlah) Kalau org tua, ketuk je dengan belakang gayung tu kalau tak bangun kalau tak nak katil basahlah.. Ok ok.. Back to buka puasa.. Buka puasa ni seelok-eloknya kita makan alas perut je.. Lepas balik Tarawih nanti baru bedal byk sikit.. Sebab nanti kalau buka puasa terus bedal tak ingat dunia.. Nanti Tarawih kejap lagi time solat.. "Bilalah nak habis 8 rakaat ni.." Sepatutnya seboleh-bolehnya kita kumpul solat Tarawih tu sampai 20 rakaat.. Ok?
Tadarus Al-Quran
  • Al-Quran.. Mungkin ada di antara kita yg dah lama tidak mentela'ah Al-Quran.. Selalunya di Masjid / Surau.. Selepas moreh akan ada Tadarus Al-Quran.. So, bolehlah join.. Tak payah nak malulah nak join Tadarus.. Yang join tu pun bukan selalu sgt baca Quran.. Bukan betul sgt pun.. Tak payah nak malu-malu.. Semua 2 x 5 je.. Kecuali Tok Imam dgn orang kuat Masjid / Surau.. Sebab Tok Imam dgn org kuat nilah yang akan tegur sekiranya kita tersasul dalam bacaan.. So, harap-harap ramailah yang join.. Kalau balik kampung lagi bagus.. Pergi surau kat kampung tu.. Bukan ada org kenal kita pun.. Diorang nak cakap apa cakaplah.. Yang penting niat kita tu nak mengaji nak perbetulkan bacaan
Hmm.. Tu je rasanya.. Nanti kalau ada lagi.. Tulis lagi.. Oklah.. Selamat Berpuasa.. :)

Written by
Mustaqim Haji Yusof